gravatar

Satria Si Raja Perlumbaan

Generasi pertama (Satria; 1995-2006)


Proton Satria GTi
Model generasi pertama Proton Satria boleh didapati dalam pilihan enjin 1.3L, 1.5L, 1.6L dan 1.8L. Model 1.3L dan 1.5L menggunakan enjin Mistubishi Orion yang turut digunakan dalam Proton Saga dan Proton Wira manakala model 1.6L pula menggunakan enjin Mitsubishi 4G9 yang juga digunakan pada Proton Wira 1.6L. Semua model didapati dalam pilihan transmisi manual manakala pilihan transmisi automatik pula didapati pada model 1.5L (3 kelajuan) dan 1.6L (4 kelajuan).
Selain itu, varian sports bagi generasi pertama Proton Satria juga boleh didapati iaitu:-
  • Proton Satria GTI: Hatchback sport 3 pintu. Merupakan percubaan Proton untuk mengeluarkan versi sport dan market hatchback berkuasa tinggi,keluaran tahun 2002. Amat popular di Malaysia dan mempunyai pengikut yang ramai di Australia. Digerakkan oleh enjin 4G93 berkuasa 4 silinder 1.8 liter DOHC.
  • Proton Satria R3: Merupakan versi terhad spek perlumbaan untuk Satria dengan hanya dikeluarkan sebanyak 150 unit. Merangkumi kerangka chasis ringan dan enjin 4G93 yang ditala semula.