Kebanyakan Anak Malaysia Pintar Tentang Kereta
Proton Exora ialah MPV dihasilkan oleh Proton.
Pembangunan model MPV ini bermula daripada sifar dan ia bakal menjadi
MPV pertama rekaan anak Malaysia. Bahagian belakang bumbungnya tidak
bercerun sebagaimana kebanyakan MPV masa kini untuk menambah ruang pada
barisan ketiga. Proton berkemungkinan akan menggunakan enjin Campro
CPS 1.6L untuk menggerakkan MPV ini memandangkan penggunaan bahan
apinya lebih baik daripada enjin yang lebih besar. Beberapa gambar
intipan dari internet menunjukkan Proton sememangnya ada mencuba enjin
berkenaan pada MPV keluaran syarikat kereta lain[2]. Gambar-gambar Proton Exora yang terdedah sepenuhnya sudah tersebar di serata internet pada 23 Januari 2009[3], lebih awal daripada tarikh pelancaran yang sepatutnya pada bulan April 2009[4].
Prestasi
CPS 1.6
- 4 kelajuan AT / 5 kelajuan MT
- S4PH DOHC
- Sistem bahan api Suntikan berbilang titik (MPI)
- Kuasa kuda : 125 bhp (93 kW; 127 PS) @ 6,500 rpm
- Kilasan : 150 N-m @ 4,500 rpm
- Kelajuan maksimum : 165 km/j
Exora menampilkan Modul Kawalan Badan yang membenarkan pengaktifan dan konfigurasi automatik bagi pelbagai fungsi kenderaan seperti penguncian pintu, pencahayaan dalaman, lampu hadapan, lampu brek dan pengelap cermin hadapan.[5]
Keselamatan
Ciri-ciri keselamatan lain termasuklah sistem brek cegah kunci (ABS) untuk mengelakkan kenderaan daripada tergelincir semasa membrek kecemasan serta sistem pengagihan daya brek elektronik (EBD) untuk memastikan kuasa membrek yang betul dihantar ke roda yang betul mengikut agihan berat kereta. Dua beg udara hadapan serta tali pinggang keledar prategangan turut dipasang bagi penumpang hadapan.[10]
Sejarah
Peraduan Namakan Proton MPV
Proton mengumumkan peraduan menamakan model Proton MPV untuk mencari nama yang sesuai untuk model MPV ini, sebagaimana sebelum Proton Saga generasi pertama hendak dikeluarkan pada tahun 1985. Tarikh tutup peraduan ini adalah pada 30 September 2008.Keputusan peraduan tersebut telah diumumkan pada 17 Februari 2009. Nama Proton Exora dipilih daripada pemenang hadiah utama Peraduan Namakan Proton MPV iaitu Norsholihan Bt Abdul Eanich. Nama Exora diambil daripada nama saintifik bagi bunga siantan.[11]