Citroën C1
Citroën C1 atau lebih dikenali sebagai C1 adalah sebuah kereta
yang menarik dan kompak. Direka bagi memuatkan empat orang penumpang.
Direka mengikut piawaian tertinggi dalam kualiti dan kawalan di
jalanraya, C1 juga berada di paras yang tersendiri dan ciri-ciri
keselamatan diberikan penekanan utama.
C1 merupakan siri terbaik kepada pengeluaran semasa kereta mini
Citroën, direka berasakan daripada ciri-ciri yang terdapat pada C2, C3
dan C3 Pluriel. Saiz yg kompak, harga yang menarik dan fungsi-fungsi
asas meletakkan C1 pada permulaan-peringkat dalam kategorinya. Ini
membezakannya dengan C2, dimana C2 mempunyai peralatan yg meluas dan
enjin yang direka untuk pelanggan yang meminati kenderan yang lebih
versatil.
Spesifikasi kenderaan:-
- Bentuk kenderaan: 3 dan 5 pintu.
- Enjin: Petrol dan diesel HDi
- Gearbox: Manual, Sensodrive
- Tinggi: 1.5 m
- Dimensi:
- Panjang: 3.4 m
- Lebar: 1.6 m